Thursday, June 23, 2011

ANUGERAH CHINTA | FATHER DAY'S

19.JUNE.2011..Selamat hari bapa for my daddy..
daddy yang paling terbaik..bersyukur tuhan anugerahkan father ni dalam hidup aku..
and aku xnak dia jadi father utk org lain..he3...

penah masa sekolah rasa hampir kehilangan org penting dalam hidup aku nih..saat ak baru balik sekolah..n ramai berpusu kat aku tolong tolak sekali basikal aku sambil usap bahu aku dan berkata ."adik,sabar ye."..saat tu tuhan je tau..jantung berhenti..langkah kaki makin berat melihat ramai di perkarangan rumah..Ya allah apa sume ini..Saat tu abah sakit..darah beku dalam kepala..n mcm strok berbuih mulut..dugaan dtg menguji..n kerana dugaan tuh aku makin cintakan abah..makin hargainya..makin banyak memori yang aku nak cipta bersama dia..sungguh tak sangka semangat n doa yg tak putus2 mmbuatkan abah sihat mampu memegang semula kayu golf nya hingga ke harini..alhamdullilah..

Dan ak tau peluang hanya datang sekali..tuhan masih beri peluang kami hidup dgn abah..dan aku akan hargainya..setiap nafas dlm hidup aku..

Abah org yg paling aku kagumi..andai dia dapat DATO' sekalipon..itu tak cukup nak gambarkan ketekunan dia bekerja mencari rezeki demi anak2 dan keluarga..belum lagi aku tgk abah tak bg apa aku nak..hampir sempurna hidup aku..betapa bertuah ak berbanding insan lain..

paling aku menitiskan air mata..bila aku tepon abah minta duit untuk kolej malam tuh..abah terus keluar malam tuh jugak masukkan duit utk aku..walhal pagi tu pun tak pe bah..rasa bersalah sgt..time kasih sgt..

penah adik2 buat perangai..abah terdiam je dengan tingkah laku anak2nya yang makin membesar..sebalik wajah tuh aku tgk dia hampir kecewa..nasi yang dijamah tak sampai ke mulutnya..termenung ntah apa yg difikirkan..ak cuma masuk bilik n menitikkan air mata..kalu la beban tuh mampu bertukar ke bahu ak..

bila anak2 da besar baru dia mengerti erti kasih syg..tp ak bertuah diberi peluang di umur ini..

Aku jarang dengan abah..tp aku tau abah sgt sayangkan sume anak2 dia..dia nak yg terbaik..dulu semua takut dengan abah..tp aku plg selamba je dgn abah..yg lain minta duit kat mama..aku dengan abah je..ha3..

Baru-baru ni abah dapat Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M)..seronok dia bgtau aku..wat can i say..sangat berbangga kerana pengorbanannya dihargai..n dia mmg layak..

Kalu nak tulis sepanjang 23 tahun aku dibesarkan abah..mmg tak dpt diceritakan..tp itulah dia abah aku..aku teramat menyayangi nya hingga kan tandatangan aku juga akan ada nama penuhnya..







Hanya doa kan mengiringi abah..adik harap abah akan terus sihat dan berjaya..

No comments:

Post a Comment