Monday, May 14, 2012

ALLAH SELAMATKAN EN.SUAMI

\



 

Tanggal 15.05.1987 lahir lah seorang bayi lelaki yang sangat comel..dengan mudah kelahirannya tepat jam 6.00 pagi keluarlah ia melihat dunia..

Dan tanpa ku sedar dia tercipta untukku..dia lah jodoh yg allah telah tetapkan..

Hari ini 15.05.2012, genap la umurnya 25 tahun~
yang kini telah bergelar seorang suami dan seorang ayah (Insyaallah)

Allah selamatkan kamu sayangku MOHD SYAHZADA AZAD BIN SANUSI..
Tiada apa yang mampu diberikan melainkan doa seorang isteri
Semoga Allah memakbulkan doa isteri yang sedang berjihad ini..
Diiringi doa dan yassin~ semoga setiap huruf setiap ayat setiap kalimah Allah itu akan sentiasa mengiringi dan melindungimu wahai suamiku~

Semoga Allah memberimu kebahagiaan yg kau idamkan,
ketenangan yang kau perlukan..
kemewahan yang engkau impikan..

Semoga kau sentiasa dikurniakan kesihatan
dipanjangkan umur agar dapat sentiasa menemaniku,
Semoga kau peroleh kehidupan yang lebih baik dari semalam,
Semoga Allah akan hapuskan segala dosa-dosamu..

Tiada apa yg diharap di usia mu kini,
melainkan..
Semoga kau menjadi seorang suami dan ayah
yang beriman,beramal,bertaqwa, soleh dan bertanggungjawab..
Semoga amalanmu jua seiring usiamu sayang..

Ya allah,
andai suami ku kepenatan , kau berikan dia kekuatan
andai suami ku kelaparan , turunkan rezeki buatnya
andai suami ku dalam kerunsingan , maka leraikan kekusutan dlm jiwanya
andai suami ku sedang ditimpa dugaan saat aku tiada di sisi nya,
maka kau bukakanlah satu pintu di hadapannya..
tunjukkan dia jalan yg mana harus dipilih..

andai suami ku itu sedang memikirkan aku , kurniakan ketenangan baginya
andai suami ku itu sedang merindui aku , kurniakan kesabaran dlm dirinya
dan katakan padanya aku juga merindunya..
dan aku juga tahu betapa dia mencintaiku.. :)
Sesungguhnya Ya Allah kekalkan lah kebahagiaan kami ini hingga ke syurga~

 

Ulangtahun kelahiran pertama sebagai seorang suami,
maafkan syg xdapat bersama di hari yg sgt bermakna..
Semoga Allah membalas setiap titik peluhmu untuk mencari rezeki yang halal..

Hadiah nanti2 la ye..jam yg selalu tgk tuh mahal la syg..jam dinding xpela leh letak rumah kita t..hakahka..
Selama 10tahun pon semua muchuk da dpt kan..
Tahun ni kena tolak ansur la..dah ada baby..haha..
Dah pesan kat baby suh lihat dunia esok..
tp nampaknya kena suruh dia relax lagila..coz babanya keje~
Syg upload kek superbike je la..hahaha muchuk kan suke sgt..
Selamat Hari jadi sayangku azad.. :)

Thursday, May 10, 2012

SENJAKALA



Taktala senja berlabuh,
aku setia di sisi jendela,
Saban hari...
Ku menanti suara azan,
Sambil merenung,
mereka saling mencintai,
menyayangi,
merindui..
alangkah indahnya andai
diri ini jua dirindui..
Namun ia hanya sebuah angan-angan..
Maka cukuplah ALLAH tuhan bagiku,
Senja itu bertukar kelam,
sekelam hatiku yang pilu,
tiada teman untuk berbicara,
tiada bahu untuk dipinjamkan,
tiada pelukan yang akan menghangatkan,
lalu ku labuhkan tirai jendela,
menyucikan hati dengan wuduk,
menunaikan kewajipan sebagai hambaNya,
mengalunkan ayat suci al-quran,
kerana hanya itu dapat menenangkan jiwa,
mengganti duka menjadi suka,
mengganti pahit menjadi manis,
mengganti airmata dengan senyuman,

Tiada yang lebih bermakna,
dari selangkah meninggalkan dunia yang fana,
dan selangkah dekat dengan jannahMu Ya Allah..

~amin~