Monday, October 5, 2015

SK TAMAN KOSAS


aku budak selangor mari
kalau boleh patah balik aku nak patah balik sini
masa darjah 3..
tak sempat budak hensem nak ngorat aku
aku dah blah..
last hari kantin ajak apak dia tgk aku..
bhahahaha..
kau,kau dan kau.
kau tau sapa kau..
kau yg hensem tp perangai lahanat
kau tahan kaki kau kat aku
aku jatuh tersembam
luar koridor tunggu nak balik
aku sesak nafas xmampu bangun..
sesak dada xmampu menangis
dah tu tungu punya tunggu 
apak aku terlupa nak ambil
aku jalan kaki balik 
tp sepatah haram aku xcrita kat apak aku
sbb zaman kita tak byk mngadu
walau apak aku mampu acu pistol kepala kau..
Bhahahha..
aku dok tengah2 diapit ko dgn kawan kau mcm celaka tu
aku nk buat kerja pun xboleh kome kacau
ko ingat?
kat mana agaknya..
dah byk aku lupa nama2 kalian
semoga baik2 saja
semoga allah rahmati kalian yg pernah aku kenal..
aku pindah xbagitau..
tup2 darjah 4 kat uku kinta perak
sejujur sejak itu hidup aku berubah
aku benci tempat sekarang
aku xsuka..
Tapi apa mampu aku lakukan
inilah perjalanan hidup aku..




MAAF LAGI


Salam wanita-wanita tabah di luar sana..
kenapa hati wanita ni ditoreh banyak kali pun
kita masih terima org yg kita sayang kan..
napa wanita ni banyak yg baik sgt..
setengah manusia panggil bodoh sgt..
hari ini maafkan
esok buat lagi..
esok maafkan..
lusa buat lagi..
Tabahnya la kamu wahai wanita
yg sering pendam luka ni,,


 bagi aku kesalahan pertama kali tu 
boleh diterima
tapi kalau da banyak kali
hati pun da keras
air mata pun dah kering
senyum pun dah xikhlas..
kan..

Tapi hati2 kaum adam
sekali perempuan dah nekad
baru kamu kenal langit tinggi atau rendah
sekali hati dah keras
dia sendiri akan buka kan pintu hati dia
halau kau keluar dr hati dia..
watch out!!

Senang je..
kita ni jangan nak sakitkan hati org yg kita sayang
sebab esok org lain pasti lukakan hati org kita syg..
nenek..mak..kakak..adik kita kat rumah tuh..
Sayangila org yg kita sayang dengan sebaiknya
tak lama pun..kita hidup ni..

Thursday, October 1, 2015

HATI INI PUN BEGITU

Lirik Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal

Habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

Seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

Dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

Seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

Terlebur hancur kebal rusukku;
berkecai sepai, terpecah belah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

Dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

Takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

Takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

Takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh di darah.
https://youtu.be/rEMl1SwspXE

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/12/lirik-lagu-suatu-yang-pernah-fynn-jamal.html#ixzz3nJD81cFc

KARMA

Biar kau rasa sakitnya hati
Biar kau rasa seksanya jiwa
Dendam ini ku simpan baik dlm peti besi
Binalah rumahtanggamu
Pagari ia dengan besi kukuh
Tak lama karma bakal menempelak
Lantas kau terduduk kaku
Lalu ingatlah aku yg kau hiris
Ingatlah taman syurga insan lain 
yg kau musnahkan..


Lelah jiwa
aku begini kerna lelah
hanya lelah dengan selelahnya
aku penat.
Aku serah segalanya pada Mu
Malaikat kiri dan kanan di bahu
peneman di kala air mata jatuh
Ya Rabb berilah yang terbaik
yg kau rasakan baik untukku
aku hanya ingin pengakhiran hidup
yang tenang dan bahagia
agar lena ku nanti penuh senyuman
berakhir dlm dakapan insan yg 
terlalu aku cintai


Di akhir2 usia ini
andai kau mahu bersama
genggam erat tgn ini
cintai sesungguhnya
rindu sebetulnya
kasih yg tiada pura nya
andai kau mahu berpaling
palinglah semahumu
usah ditoleh pada wajah ini
terlalu lama ditatap
dan menjadi penemanmu
mungkin kau bakal jemu.