Biar kau rasa sakitnya hati
Biar kau rasa seksanya jiwa
Dendam ini ku simpan baik dlm peti besi
Binalah rumahtanggamu
Pagari ia dengan besi kukuh
Tak lama karma bakal menempelak
Lantas kau terduduk kaku
Lalu ingatlah aku yg kau hiris
Ingatlah taman syurga insan lain
yg kau musnahkan..
Lelah jiwa
aku begini kerna lelah
hanya lelah dengan selelahnya
aku penat.
Aku serah segalanya pada Mu
Malaikat kiri dan kanan di bahu
peneman di kala air mata jatuh
Ya Rabb berilah yang terbaik
yg kau rasakan baik untukku
aku hanya ingin pengakhiran hidup
yang tenang dan bahagia
yang tenang dan bahagia
agar lena ku nanti penuh senyuman
berakhir dlm dakapan insan yg
terlalu aku cintai
Di akhir2 usia ini
andai kau mahu bersama
genggam erat tgn ini
cintai sesungguhnya
rindu sebetulnya
kasih yg tiada pura nya
andai kau mahu berpaling
palinglah semahumu
usah ditoleh pada wajah ini
usah ditoleh pada wajah ini
terlalu lama ditatap
dan menjadi penemanmu
mungkin kau bakal jemu.
No comments:
Post a Comment